WANITA YANG HAMIL (#12190)

Ya Tuhan! Ya Tuhan! Aku memuji-Mu dan bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah   memberkati dayang-Mu yang rendah hati ini, hamba-Mu yang sedang memohon dan merayu kepada-Mu, kerana sesungguhnya Engkau telah membimbingnya ke Kerajaan-Mu yang nyata dan menyebabkannya untuk mendengar Panggilan-Mu yang mulia di dunia wujud ini dan untuk melihat tanda-tanda-Mu yang membuktikan kewujudan kedaulatan-Mu yang agung di atas segala sesuatu.

Ya Tuhanku, aku mempersembahkan kepada-Mu apa yang ada di dalam kandunganku. Lalu jadikanlahnya seorang anak yang terpuji dalam Kerajaan-Mu dan seorang yang bertuah melalui anugerah dan kemurahan-Mu; untuk berkembang dan membesar di bawah jagaan didikan-Mu.                  Sesungguhnya, Engkau adalah Yang Maha          Pemurah! Sesungguhnya, Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemberi!

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

